Wednesday, October 13, 2010

Terus Mencari kekuatan


Dengan segala macam rasa yang ku alami,rasanya dah terlalu tua untuk rasa takut dalam mengharungi sisa-sisa hidup yang tinggal.....
Dalam kepayahan mengharunginya banyak yang telah aku pelajari....benarlah kata orang " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut hati tidak sanggup menerima penderitaan"...Aku akan bangkit dalam segala banyak perkara yang ku tinggalkan...

Aku akan jadi seperti apa yang aku pilih untuk fikirkan...namun ditatih diri dan hati ini agar sekiranya " jika jahat di balas kejahatan,maka itu dendam. Jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan di balas kejahatan itu zalim namun jika kejahatan di balas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji".Ku susun langkah biarpun masih jauh pendakian ke puncak matlamat namun bermula jauh lebih baik berbanding mengalah.... benarlah sesungguhnya pengalaman itu adalah guru yang paling kejam kerana ia akan menguji dahulu kemudian mengajar...
teringat jua kata-kata seorang teman suatu waktu dahulu...katanya semalam adalah sejarah,hari ini realiti dan esok adalah misteri...namun bersangka baik itu satu doa,dan doalah senjata yang paling mustajab...namun aku berpegang kepada " Berusaha dan Bertawakal".... bertindak ke arah matlamat yang jelas.... Ku petik kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan katanya " Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat....
" Hiduplah sesuka hatimu,sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi,sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannua. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya,dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan....... insyallah. Biar hanya mampu bertatih,merangkak dan pastinya aku akan berjuang dari segala daya sudut.... aku akan kembali... Ya Tuhan Engkau kurniakan lah aku kekuatan itu.......... moga nanti apa jua yang ku lakukan memberi manfaat buat manusia sejagat.... dan sentiasa merendah dengan kerendahan hati terhadapMU....

Monday, October 11, 2010

Aku dah LALI SUDAH....


Hari ini dan pastinya hari-hari yang mendatang aku dah lali dengan segala macam persoalan...aku semakin dewasa dan seakan kebal dengan duri dan ranjau hidup...
Banyak yang telah aku rasai dan nikmati...
Dalam keperitan aku masih sangat beruntung berbanding insan lain...
Dalam perit dan derita pasti ada bahagia...
PERCAYALAH BRO...dan aku sentiasa percaya itu biarpun seakan dongeng rasanya...
Aku harus tumpukan segalanya demi menjadi yang lebih baik.... malah yang terbaik..
kerana aku sememangnya punyai kekuatan itu....

Rantaian Kehidupan naluri...


Pagi ini aku seawal jam 9pagi aku ke pejabat agama di atas urusan rasmi...tiba-tiba takkala jam hampir menjengah jam 10.20pagi aku menerima pesanan ringkas daripada mama yang berbunyi " Abg kat mana?" saya membalas saya ada di pejabat agama... kemudian dia menginggatkan aku bahawa hari ini juga mahkamah bersidang bagi mendengar sebutan kes kami.... aku hampir terlupa dek kerana tidak menerima sebarang surat dari pihak mahkamah mahupun jua pangilan telefon.... sebenarnya aku tahu dan seakan sengaja malas mahu hadir,kata hatiku biarlah bila aku tidak hadir mahkamah akan membuat keputusan bagi pihak mama.....
Aku melangkah menuju ke kamar mahkamah,takkala jam hampir menunjukkan jam 10.30pagi,sebutan-sebutan demi sebutan kes didengar,takkala aku masuk aku terlihat kelibat abang iparku,lalu ku hulurkan salam.... ku tunggu,lambat juga rupanya,adakalanya aku keluar meninggalkan kamar mahkamah untuk ke tandas,aku masuk kembali menjelang jam 12.00 tengahari aku keluar lagi,malas rasanya,mendengarkan pelbagai kes dan yang paling nyata kes yang paling kerap disebutkan adalah kes membabitkan kes-kes penceraian...aku keluar untuk menghisap rokok,tiba-tiba sms daripada mama bertanyakan di mana aku berada..mungkin agak lama aku di luar...
aku membalas aku ke pejabat sebentar ada hal balasku ringkas...sebenarnya aku masih di luar melayan entah berapa batang rokok yang ku hisap....mama menghantar sms lagi..datanglah kesian lah dengan saya.... aku membalas kalau aku tak kesian aku tak hadir pun..balasku... kataku lagi kalau abg tak ada kan lagi senang nak membuat keputusan...
akhirnya aku mengalah dan masuk kedalam,sempat aku membeli gula-gula gambir di luar perkarangan pejabat mahkamah... lalu ke berikan sedikit buat mama dan rakan sebelahnya...

Akhirnya menjelang jam 1.25 petang kami pun dipanggil...maka sebutan pun di bacakan...
Hakim bertanya kepada Mama....adakah anda ingin menyelesaikan kes ini,kerana sebutan yang terdahulu mama mengatakan "Tidak Pasti" menyebabkan mahkamah bertangguh..ke tarikh hari ini... dan petang ini setelah di tanya oleh tuan hakim mama mengatakan ingin meneruskannya.... memohon saya melepaskannya... Hakim pun bertanya kepada saya,lalu saya memohon kepada hakim untuk membicarakan kes kami.... Hakim memberikan kami tarikh baru untuk sebutan semula bersama wakil kepada setiap pasangan untuk sesi kaunseling keluarga di saksikan seorang wakil mahkamah....
Dalam seketika aku bertanya kepada tuan hakim bahawa saya tidak mendapat sebarang surat pangilan ke mahkamah atau pangilan telefon untuk makluman,tuan hakim menukar ke alamat lama,adakah anda masih tinggal bersama,saya menjawab..ya...jadi kenapa gunakan alamat ini... ini alamat siapa, tanya tuan hakim..saya kata ini alamat kediaman orang tua saya..yang saya tidak pernah tinggal sama sejak berbelas tahun....Rupanya dalam diam mama menukar alamat sediaada kepada alamat rumah orang tua,mungkin mama sengaja mahu orang tuaku pun tahu perkara ini...
tiba-tiba mama pula yang mencelah... tuan hakim boleh tak saya mohon perintah mahkamah untuk tinggal berasingan dengan bro...... lalu hakim berkata tidak boleh...saya hanya ingin menguruskan hal yang berkaitan dengan permohonan kamu bukan soal tinggal berasingan...yang itu kalau kamu benar-benar mahu mohon di mahkamah tinggi... kata tuan hakim bernada tegas....
akhirnya saya keluar,ku salam abang iparku lalu aku terus keluar .....
Biar apa pun yang berlaku aku akan cuba pertahankan selagi daya....

Friday, October 8, 2010

Syukur Lebaran...


Lama sudah rasanya bro tak update blog,diatas keterbatasan waku yang menjengah...sujud syukur pada tuhan di lebaran ini alhamdulilah lebaran pertama dapat meluangkan bersama mama dan anak-anak,mungkin di keterbatasan waku beraya bersama kalian. Di lebaran kedua aku telah terbang untuk beraya bersama Mummydan si kecil Haikal Haqimy. Mungkin kerana si kecil baru seminggu lahir ke dunia,mungkin memerlukan sedikit perhatian daripada orang tuanya.... aku pulang berkesempatan juga aku menghantar si Haikal ke Hospital menjalani rawatan.
Berkesempatan jua aku menikmati pengalaman dan juadah raya di sana yang tentunya berlainan daripada yang biasa kami nikmati... Dengan izin Mama saya berada di sana selama 3minggu untuk menemani si kecil,3 minggu di sana banyak pengalaman berharga yang ku timba saban hari.... Takkala di sana ada juga Mama bertanyakan khabar si Haikal mungkin ia merasakan si kecil itu juga adalah darah dagingnya jua...Aku meredah hutan,habis calar balar seluruh tubuh ku takkala segala macam pokok berduri meratah tubuhku... aku meredah anak sungai,sungai yang mana takkala musim panas mampu kita seberangi dan tak kala di waktu biasa mampu menghanyutkan kereta dek kerana kederasannya.....takkala hujan turun di kaki bukit... di malam hari..esoknya aku berpeluang mengutip ikan di gigi sungai mungkin dek kerana ikan mabuk di hulu....pacat mainan biasa buatku...biarpun pada mulanya pucat juga mukaku dek kerana panik.... terlupa aku lintah ini bukannya besar mana...namun panik dan terkejut membuatkan aku tak karuan melihatnya...terasa geli pun ada... aku juga berpeluang melihat bagaimana penduduk setempat mengambil madu di hutan,yang tentu tak penah ku lihat di tempat asal kelahiranku...
Aku juga berkesempatan menziarahi majlis pengkebumian atuk saudara mummy yang meninggal di satu kawasan pendalaman memandu Land cruiser hampir 3jam merentas jalan kerikil mendaki dan menuruni kaki bukit.....sungguh berharga pengalaman yng ku kutip ini...aku lebih suka melihatkan suasana desa yang mendamaikan..kicauan unggas-unggas hutan,gigitan agas dan nyamuk dan pelbagai serangga yang mungkin jua tak ku kenali,pelbagai jenis tumbuhan hutan yang berguna untuk tujuan perubatan...biar pun di sana ada pekan namun aku lebih senang di desa melihat orang berkebun dan bersawah...
Alhamdulilah di sana juga aku membuat network perniagaanku,Moga tuhan bukakan pintu rezeki buat kami walau di mana kami berada...
di akhir minggu ketiga alhamdulilah sempat aku mengadakan kenduri doa selamat dan majlis cukur jambul si kecil... salam buat mummy dan sikeci ayah harus tinggalkan kalian seketika...membesarlah sebagai manusia hebat... biarpun terkadang Mummy terasa letih melihatkan kerenahmu...usah nakal anakku...mummy letih...fahamilah ya...jasa dan pengorbanan mummy mu...

Monday, September 6, 2010

Lebaran Pertama buat si kecil dan Dunia Bro




Alhamdulilah,syukur tuhan kita ditemukan lagi di ramadhan ini,tanpa ku sedari Syawal bakal menjengah tak lama lagi.... tahun ini telah ku peruntukan segalanya buat yang memerlukan,tahun ini terasa sayu juga takkala Haikal yang baru beberapa hari melihat dunia telah aku tinggalkan bersama mummy jauh beribu batu dariku...seminggu menjelang Raya aku memperuntukkan masa bersama mama dan juga puteri-puteriku,hingga menjelang hari raya pertama,Ku susun sepuluh jari memohon ampun dari mama di atas ketelanjuran kata dan perbuatanku..sepanjang 17tahun kita hidup bersama melayari bahtera perkahwinan,buat puteri-puteriku,Anis Zahira,Aishah Zahira dan Ain Zahira,Ayah tahu ayah tak punyai banyak masa buat kalian,namun janji ayah kalian tetap di hati ayah dan takkan sekali-kali ayah abaikan....Doa ayah moga kalian terus membesar dan menjadi orang yang berguna kepada semua dengan nilai kebaikan yang kuat di dalam diri.... Buat mama Ku doakan agar kita bahagia dan jodaoh antara tetap utuh hingga ke akhir hayatku...

Ku tahu amanah yang kupikul amatlah berat,kelak nanti akan di tanya oleh tuhan di akhirat,namun ku pohon padaMu,Ya Allah Moga Engkau memberi petunjuk buatku dalam mengharungi hidupku, aku sentiasa berdoa pada tuhan,Ya Allah Kau ampunkanlah dosa-dosa ku,Dosa kedua-dua isteriku,kau ampunkan lah dosa kedua orang tuaku,dosa kedua ibu-ibu dan bapa-bapa mertuaku,ya Allah Kau bukakanlah pintu rezeki kami seluas-luasnya,andai rezekiku jauh di angkasa kau turunkanlah,andai rezekiku terbenam di muka bumiMu kau keluarkan lah,andai rezekiku jauh di lautan Kau daratkanlah,andai rezekiku jauh Kau dekatkanlah,yang dekat Kau mudahkanlah,yang mudah Kau Lekatkanlah,agar ku mampu memenuhi segala tuntutanMu dan menjadi orang yang beriman kepadaMU....Amin Ya Robb Bal Alamin....
Alhamdulilah moga Lebaran kali kami lebih bahagia dan ceria,syukur di lebaran ini juga aku bersama mama dan puteri-puteriku di 1 syawal,dan pada lebaran kedua insyallah aku akan terbang buat mummy dan sikecil.... Daddy doakan Haikal terus sembuh dan menjadi insan hebat suatu hari nanti.... Syukur pada tuhan inilah lebaran pertamaku bersama si kecil bernama HAIKAL HAQIMY...
.........
kata orang...
Kalau jodoh " TAK KEMANA"
Kalau tak ada jodoh " NAK BUAT MACAMANA"..
namun doaku sentiasa,moga tuhan kuatkan dan panjangkan jodoh antara kami...kuatnya ikatan kasih sayang antara kami... dan yang pasti aku akan mempertahankan dan terus menggingatkan diri agar terus menyayangi kalian dengan sepenuh kasih dan sayang....
SALAM EID MUBARAK

Friday, September 3, 2010

Lihatlah dunia wahai si kecilku.


Lahirnya si kecil yg ku namakan HAIKAL HAQIMY berakhirlah penantianku selama hampir 17tahun,syukur alhamdulilah dan segala puji-pujian hanya buatMu yang berhak..Genap seminggu si kcil lahir ke dunia setelah mengharungi kepayahan saban hari aku seakan berumah di hospital menanti dengan sabar agar sikecil terus gagah sebagai lelaki dewasa suatu hari nanti,doa papa buat anakkuKulihatkan tahap kesihatannya yang semakin beransur pulih..aku gembira melihatnya...Dalam sesingkat waktu itu telah ku selesaikan urusan di pejabat pendaftaran,dengan senang hati lahir namamu sebagai tanda pengikat diri dihayatmu kelakAku tinggalkan ia bersama mummy...demi tugas dan amanahku... takkala aku tinggalkan kalian aku di kabarkan oleh mummy yang baby mengidap demam panas dan perlu di masukka ke hospital semula...
Ahhhhhhh...aduhhhh,bagaimana mampu aku melelapkan mata tak kala dirimu yang jauh beribu batu dan baru seketika melihat dunia mengidap demam panas yang melampau...
Daddy doakan segalanya yg terbaik buat kalian,pengorbanan mummy akan tetap aku hargai kerna keduanya amanah buatku....
Insyallah Daddy akan pulang demi kalian... Biar jauh berjuta batu kalian tetap di hatiku........

Thursday, September 2, 2010

Moga Mama Gembira sentiasa.


Alhamdulilah syukur butik mama telah beropersi dengan baik,tahniah buat mama aku hanya mampu tumpang gembira,dan ku bantu semampunya,benarlah kata-katanya wang ringgit bukan pengukur namun kesungguhan dan keikhlasan yang akan sentiasa mengembirakan..akan sentiasa ku paksikan kata-kata itu agar sentiasa menjadi panduan di masa hadapan.Zahira Collection ia di namakan sempena nama anak-anakku,hanya
syukur dan gembira melihatnya.Alhamdulilah di bulan puasa ini dalam kepayahan tuhan kurniakan aku dua kegembiraan..gembira melihat Mama bersama butiknya dan syukur mummy melahirkan zuriat lelaki buat kami... Ku lihat mama sibuk dengan segala persiapan kelengkapan butik ku bantunya agar ia terus mampu beroperasi dengan baik dan jayanya....ku lihat terpancar rasa kepuasan di wajahnya,biarlah asalkan mama gembira...mudah-mudahan....