Wednesday, October 13, 2010

Terus Mencari kekuatan


Dengan segala macam rasa yang ku alami,rasanya dah terlalu tua untuk rasa takut dalam mengharungi sisa-sisa hidup yang tinggal.....
Dalam kepayahan mengharunginya banyak yang telah aku pelajari....benarlah kata orang " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut hati tidak sanggup menerima penderitaan"...Aku akan bangkit dalam segala banyak perkara yang ku tinggalkan...

Aku akan jadi seperti apa yang aku pilih untuk fikirkan...namun ditatih diri dan hati ini agar sekiranya " jika jahat di balas kejahatan,maka itu dendam. Jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan di balas kejahatan itu zalim namun jika kejahatan di balas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji".Ku susun langkah biarpun masih jauh pendakian ke puncak matlamat namun bermula jauh lebih baik berbanding mengalah.... benarlah sesungguhnya pengalaman itu adalah guru yang paling kejam kerana ia akan menguji dahulu kemudian mengajar...
teringat jua kata-kata seorang teman suatu waktu dahulu...katanya semalam adalah sejarah,hari ini realiti dan esok adalah misteri...namun bersangka baik itu satu doa,dan doalah senjata yang paling mustajab...namun aku berpegang kepada " Berusaha dan Bertawakal".... bertindak ke arah matlamat yang jelas.... Ku petik kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan katanya " Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat....
" Hiduplah sesuka hatimu,sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi,sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannua. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya,dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan....... insyallah. Biar hanya mampu bertatih,merangkak dan pastinya aku akan berjuang dari segala daya sudut.... aku akan kembali... Ya Tuhan Engkau kurniakan lah aku kekuatan itu.......... moga nanti apa jua yang ku lakukan memberi manfaat buat manusia sejagat.... dan sentiasa merendah dengan kerendahan hati terhadapMU....

Monday, October 11, 2010

Aku dah LALI SUDAH....


Hari ini dan pastinya hari-hari yang mendatang aku dah lali dengan segala macam persoalan...aku semakin dewasa dan seakan kebal dengan duri dan ranjau hidup...
Banyak yang telah aku rasai dan nikmati...
Dalam keperitan aku masih sangat beruntung berbanding insan lain...
Dalam perit dan derita pasti ada bahagia...
PERCAYALAH BRO...dan aku sentiasa percaya itu biarpun seakan dongeng rasanya...
Aku harus tumpukan segalanya demi menjadi yang lebih baik.... malah yang terbaik..
kerana aku sememangnya punyai kekuatan itu....

Rantaian Kehidupan naluri...


Pagi ini aku seawal jam 9pagi aku ke pejabat agama di atas urusan rasmi...tiba-tiba takkala jam hampir menjengah jam 10.20pagi aku menerima pesanan ringkas daripada mama yang berbunyi " Abg kat mana?" saya membalas saya ada di pejabat agama... kemudian dia menginggatkan aku bahawa hari ini juga mahkamah bersidang bagi mendengar sebutan kes kami.... aku hampir terlupa dek kerana tidak menerima sebarang surat dari pihak mahkamah mahupun jua pangilan telefon.... sebenarnya aku tahu dan seakan sengaja malas mahu hadir,kata hatiku biarlah bila aku tidak hadir mahkamah akan membuat keputusan bagi pihak mama.....
Aku melangkah menuju ke kamar mahkamah,takkala jam hampir menunjukkan jam 10.30pagi,sebutan-sebutan demi sebutan kes didengar,takkala aku masuk aku terlihat kelibat abang iparku,lalu ku hulurkan salam.... ku tunggu,lambat juga rupanya,adakalanya aku keluar meninggalkan kamar mahkamah untuk ke tandas,aku masuk kembali menjelang jam 12.00 tengahari aku keluar lagi,malas rasanya,mendengarkan pelbagai kes dan yang paling nyata kes yang paling kerap disebutkan adalah kes membabitkan kes-kes penceraian...aku keluar untuk menghisap rokok,tiba-tiba sms daripada mama bertanyakan di mana aku berada..mungkin agak lama aku di luar...
aku membalas aku ke pejabat sebentar ada hal balasku ringkas...sebenarnya aku masih di luar melayan entah berapa batang rokok yang ku hisap....mama menghantar sms lagi..datanglah kesian lah dengan saya.... aku membalas kalau aku tak kesian aku tak hadir pun..balasku... kataku lagi kalau abg tak ada kan lagi senang nak membuat keputusan...
akhirnya aku mengalah dan masuk kedalam,sempat aku membeli gula-gula gambir di luar perkarangan pejabat mahkamah... lalu ke berikan sedikit buat mama dan rakan sebelahnya...

Akhirnya menjelang jam 1.25 petang kami pun dipanggil...maka sebutan pun di bacakan...
Hakim bertanya kepada Mama....adakah anda ingin menyelesaikan kes ini,kerana sebutan yang terdahulu mama mengatakan "Tidak Pasti" menyebabkan mahkamah bertangguh..ke tarikh hari ini... dan petang ini setelah di tanya oleh tuan hakim mama mengatakan ingin meneruskannya.... memohon saya melepaskannya... Hakim pun bertanya kepada saya,lalu saya memohon kepada hakim untuk membicarakan kes kami.... Hakim memberikan kami tarikh baru untuk sebutan semula bersama wakil kepada setiap pasangan untuk sesi kaunseling keluarga di saksikan seorang wakil mahkamah....
Dalam seketika aku bertanya kepada tuan hakim bahawa saya tidak mendapat sebarang surat pangilan ke mahkamah atau pangilan telefon untuk makluman,tuan hakim menukar ke alamat lama,adakah anda masih tinggal bersama,saya menjawab..ya...jadi kenapa gunakan alamat ini... ini alamat siapa, tanya tuan hakim..saya kata ini alamat kediaman orang tua saya..yang saya tidak pernah tinggal sama sejak berbelas tahun....Rupanya dalam diam mama menukar alamat sediaada kepada alamat rumah orang tua,mungkin mama sengaja mahu orang tuaku pun tahu perkara ini...
tiba-tiba mama pula yang mencelah... tuan hakim boleh tak saya mohon perintah mahkamah untuk tinggal berasingan dengan bro...... lalu hakim berkata tidak boleh...saya hanya ingin menguruskan hal yang berkaitan dengan permohonan kamu bukan soal tinggal berasingan...yang itu kalau kamu benar-benar mahu mohon di mahkamah tinggi... kata tuan hakim bernada tegas....
akhirnya saya keluar,ku salam abang iparku lalu aku terus keluar .....
Biar apa pun yang berlaku aku akan cuba pertahankan selagi daya....

Friday, October 8, 2010

Syukur Lebaran...


Lama sudah rasanya bro tak update blog,diatas keterbatasan waku yang menjengah...sujud syukur pada tuhan di lebaran ini alhamdulilah lebaran pertama dapat meluangkan bersama mama dan anak-anak,mungkin di keterbatasan waku beraya bersama kalian. Di lebaran kedua aku telah terbang untuk beraya bersama Mummydan si kecil Haikal Haqimy. Mungkin kerana si kecil baru seminggu lahir ke dunia,mungkin memerlukan sedikit perhatian daripada orang tuanya.... aku pulang berkesempatan juga aku menghantar si Haikal ke Hospital menjalani rawatan.
Berkesempatan jua aku menikmati pengalaman dan juadah raya di sana yang tentunya berlainan daripada yang biasa kami nikmati... Dengan izin Mama saya berada di sana selama 3minggu untuk menemani si kecil,3 minggu di sana banyak pengalaman berharga yang ku timba saban hari.... Takkala di sana ada juga Mama bertanyakan khabar si Haikal mungkin ia merasakan si kecil itu juga adalah darah dagingnya jua...Aku meredah hutan,habis calar balar seluruh tubuh ku takkala segala macam pokok berduri meratah tubuhku... aku meredah anak sungai,sungai yang mana takkala musim panas mampu kita seberangi dan tak kala di waktu biasa mampu menghanyutkan kereta dek kerana kederasannya.....takkala hujan turun di kaki bukit... di malam hari..esoknya aku berpeluang mengutip ikan di gigi sungai mungkin dek kerana ikan mabuk di hulu....pacat mainan biasa buatku...biarpun pada mulanya pucat juga mukaku dek kerana panik.... terlupa aku lintah ini bukannya besar mana...namun panik dan terkejut membuatkan aku tak karuan melihatnya...terasa geli pun ada... aku juga berpeluang melihat bagaimana penduduk setempat mengambil madu di hutan,yang tentu tak penah ku lihat di tempat asal kelahiranku...
Aku juga berkesempatan menziarahi majlis pengkebumian atuk saudara mummy yang meninggal di satu kawasan pendalaman memandu Land cruiser hampir 3jam merentas jalan kerikil mendaki dan menuruni kaki bukit.....sungguh berharga pengalaman yng ku kutip ini...aku lebih suka melihatkan suasana desa yang mendamaikan..kicauan unggas-unggas hutan,gigitan agas dan nyamuk dan pelbagai serangga yang mungkin jua tak ku kenali,pelbagai jenis tumbuhan hutan yang berguna untuk tujuan perubatan...biar pun di sana ada pekan namun aku lebih senang di desa melihat orang berkebun dan bersawah...
Alhamdulilah di sana juga aku membuat network perniagaanku,Moga tuhan bukakan pintu rezeki buat kami walau di mana kami berada...
di akhir minggu ketiga alhamdulilah sempat aku mengadakan kenduri doa selamat dan majlis cukur jambul si kecil... salam buat mummy dan sikeci ayah harus tinggalkan kalian seketika...membesarlah sebagai manusia hebat... biarpun terkadang Mummy terasa letih melihatkan kerenahmu...usah nakal anakku...mummy letih...fahamilah ya...jasa dan pengorbanan mummy mu...

Monday, September 6, 2010

Lebaran Pertama buat si kecil dan Dunia Bro




Alhamdulilah,syukur tuhan kita ditemukan lagi di ramadhan ini,tanpa ku sedari Syawal bakal menjengah tak lama lagi.... tahun ini telah ku peruntukan segalanya buat yang memerlukan,tahun ini terasa sayu juga takkala Haikal yang baru beberapa hari melihat dunia telah aku tinggalkan bersama mummy jauh beribu batu dariku...seminggu menjelang Raya aku memperuntukkan masa bersama mama dan juga puteri-puteriku,hingga menjelang hari raya pertama,Ku susun sepuluh jari memohon ampun dari mama di atas ketelanjuran kata dan perbuatanku..sepanjang 17tahun kita hidup bersama melayari bahtera perkahwinan,buat puteri-puteriku,Anis Zahira,Aishah Zahira dan Ain Zahira,Ayah tahu ayah tak punyai banyak masa buat kalian,namun janji ayah kalian tetap di hati ayah dan takkan sekali-kali ayah abaikan....Doa ayah moga kalian terus membesar dan menjadi orang yang berguna kepada semua dengan nilai kebaikan yang kuat di dalam diri.... Buat mama Ku doakan agar kita bahagia dan jodaoh antara tetap utuh hingga ke akhir hayatku...

Ku tahu amanah yang kupikul amatlah berat,kelak nanti akan di tanya oleh tuhan di akhirat,namun ku pohon padaMu,Ya Allah Moga Engkau memberi petunjuk buatku dalam mengharungi hidupku, aku sentiasa berdoa pada tuhan,Ya Allah Kau ampunkanlah dosa-dosa ku,Dosa kedua-dua isteriku,kau ampunkan lah dosa kedua orang tuaku,dosa kedua ibu-ibu dan bapa-bapa mertuaku,ya Allah Kau bukakanlah pintu rezeki kami seluas-luasnya,andai rezekiku jauh di angkasa kau turunkanlah,andai rezekiku terbenam di muka bumiMu kau keluarkan lah,andai rezekiku jauh di lautan Kau daratkanlah,andai rezekiku jauh Kau dekatkanlah,yang dekat Kau mudahkanlah,yang mudah Kau Lekatkanlah,agar ku mampu memenuhi segala tuntutanMu dan menjadi orang yang beriman kepadaMU....Amin Ya Robb Bal Alamin....
Alhamdulilah moga Lebaran kali kami lebih bahagia dan ceria,syukur di lebaran ini juga aku bersama mama dan puteri-puteriku di 1 syawal,dan pada lebaran kedua insyallah aku akan terbang buat mummy dan sikecil.... Daddy doakan Haikal terus sembuh dan menjadi insan hebat suatu hari nanti.... Syukur pada tuhan inilah lebaran pertamaku bersama si kecil bernama HAIKAL HAQIMY...
.........
kata orang...
Kalau jodoh " TAK KEMANA"
Kalau tak ada jodoh " NAK BUAT MACAMANA"..
namun doaku sentiasa,moga tuhan kuatkan dan panjangkan jodoh antara kami...kuatnya ikatan kasih sayang antara kami... dan yang pasti aku akan mempertahankan dan terus menggingatkan diri agar terus menyayangi kalian dengan sepenuh kasih dan sayang....
SALAM EID MUBARAK

Friday, September 3, 2010

Lihatlah dunia wahai si kecilku.


Lahirnya si kecil yg ku namakan HAIKAL HAQIMY berakhirlah penantianku selama hampir 17tahun,syukur alhamdulilah dan segala puji-pujian hanya buatMu yang berhak..Genap seminggu si kcil lahir ke dunia setelah mengharungi kepayahan saban hari aku seakan berumah di hospital menanti dengan sabar agar sikecil terus gagah sebagai lelaki dewasa suatu hari nanti,doa papa buat anakkuKulihatkan tahap kesihatannya yang semakin beransur pulih..aku gembira melihatnya...Dalam sesingkat waktu itu telah ku selesaikan urusan di pejabat pendaftaran,dengan senang hati lahir namamu sebagai tanda pengikat diri dihayatmu kelakAku tinggalkan ia bersama mummy...demi tugas dan amanahku... takkala aku tinggalkan kalian aku di kabarkan oleh mummy yang baby mengidap demam panas dan perlu di masukka ke hospital semula...
Ahhhhhhh...aduhhhh,bagaimana mampu aku melelapkan mata tak kala dirimu yang jauh beribu batu dan baru seketika melihat dunia mengidap demam panas yang melampau...
Daddy doakan segalanya yg terbaik buat kalian,pengorbanan mummy akan tetap aku hargai kerna keduanya amanah buatku....
Insyallah Daddy akan pulang demi kalian... Biar jauh berjuta batu kalian tetap di hatiku........

Thursday, September 2, 2010

Moga Mama Gembira sentiasa.


Alhamdulilah syukur butik mama telah beropersi dengan baik,tahniah buat mama aku hanya mampu tumpang gembira,dan ku bantu semampunya,benarlah kata-katanya wang ringgit bukan pengukur namun kesungguhan dan keikhlasan yang akan sentiasa mengembirakan..akan sentiasa ku paksikan kata-kata itu agar sentiasa menjadi panduan di masa hadapan.Zahira Collection ia di namakan sempena nama anak-anakku,hanya
syukur dan gembira melihatnya.Alhamdulilah di bulan puasa ini dalam kepayahan tuhan kurniakan aku dua kegembiraan..gembira melihat Mama bersama butiknya dan syukur mummy melahirkan zuriat lelaki buat kami... Ku lihat mama sibuk dengan segala persiapan kelengkapan butik ku bantunya agar ia terus mampu beroperasi dengan baik dan jayanya....ku lihat terpancar rasa kepuasan di wajahnya,biarlah asalkan mama gembira...mudah-mudahan....

Tuesday, August 31, 2010

Moga ia kegembiraan seisi Alam...


Lewat kemarin aku pulang untuk menjengah Mummy,aku mengambil penerbangan awal pagi,pagi itu mama menghantar aku ke airport bersama puteri-puteriku... walaupun aku terlewat alhamdulilah aku sempat menaiki penerbangan aku pagi itu.... selepas 2jam setengan penerbanganku..aku sampai ke destinasi yang di tuju.. Takkala aku sedang beratur di kaunter imigresen aku menghidupkan tel,tiba-tiba telefon ku bergetar tanda ada kemasukan pesanan ringkas,ku buka pesanan ringkas itu,lalu ku baca...Huby ani dah masuk hospital...setelah selesai di imegresen aku bergegas ke kaunter teksi di lapangan terbang tersebut untuk membeli tiket ke perhentian teksi yang seterusnya... aku menaiki teksi airport menuju ke perhentian teksi yang seterusnya,setelah 15minit aku sampai ke perhentian teksi tersebut... lalu ku tanyakan pemandu teksi untuk ke destinasi yang aku mahu pergi...pemandu teksi tersebut mengatakan bahawa aku perlu menunggu lagi 3 orang baru teksi tersebut akan bergerak ke bandar yang ingin aku tuju...

Kemudian aku memberitahu driver teksi tersebut yang aku mahu charted teksi itu seorang dengan bayaran 4kali ganda,aku meneruskan perjalanan menuju ke Hospital tempat mummy di masukkan...aku perlu menempuh perjalanan selama 2jam setengah lagi...aduh terasa penat juga bergegas untuk perjalanan yang pelbagai selama hampir 5jam setengah... Sampai di Hospital ku lihat Mum ada di luar,lalu ku berikan salam dan ku tanyakan perihal mummy..Mum memberitahu mummy ada di dewan bersalin semenjak jam 10pagi lagi...ku lihat jam menunjukkan hampir pukul 1 setengah...aku berjumpa ketua nurse meminta izin untuk berjumpa mummy barang sesaat,ku katakan kami telah tidak bersua hampir 3 bulan,alhamdulilah keizinan di berikan buatku...lalu ku berjumpa dengan mummy,jelas terpancar kegembiraan di raut wajahnya....ku cium dahi mummy tanda kasihku buatnya ku doakan agar ia selamat melahirkan cahayamata kami...
insyallah,ku tinggalkan mummy sendirian lagi... jam tepat 2.20 petang nurse memanggil aku untuk mengazankan bayi yang di lahirkan,syukur alhamdulilah...telah selamat lahir ia ke dunia...Dengan tenang bercampur gementar aku melangkah masuk mendapatkan baby,lalu ku azankan ia dan ku Qamatkan juga,di kesempatan itu ku jengah mummy kembali barang sebentar ku lihat mummy kelesuan..ku biarkan ia sendirian berehat seketika... Jam 6petang mummy di pindahkan dari dewan bersalin ke wad kanak-kanak ku turut serta di iring bersama 2 orang nurse...Menjelang jam 11malam ku tinggalkan mummy untuk pulang ke rumah... malam itu mummy sendirian di hospital,takkala aku sendirian di rumah....namun syukur alhamdulilah kerna lahirnya si kecil,mudah-mudahan penyeri seisi alam...bierpun ku tahu ada yang bersedih namun aku pasrah dengan ketentuanNya...

Friday, August 20, 2010

Menjengah Amanah


Sehari dua ini aku akan pulang untuk menjengah mummy aku memilih penerbangan pagi,alhamdulilah aku meminta mama untuk menghantarku ke Airport,biarpun selalunya aku selesa menaiki Limosine,tapi kali ini aku lebih senang mama yang menghantarku,kurasakan hari semakin dekat bila mana semalam mummy menghantar pesanan ringkas buatku,mummy menyatakan kebimbangan untuk menyambut kehadiran orang baru,kerana mummy tak punya pengalaman,ku kira ia biasa namun entah kenapa perasaan itu seakan luar biasa buatku,seolah seakan terasa pertama kali menjadi seorang bapa setelah 17tahun penantian,mudahan semuanya selamat,bisik hati kecilku....
Alhamdulilah ku lihat saban hari mama semakin ceria,terasa gembira di hati,mummy dan baby seakan tak sabar menanti kepulanganku... sabarlah... aku rindu akan kabus dan titisan embun di pagi hari,bagai setitis air yang jatuh di atas teratai....
Bersinar bak permata.....

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan dan hidup....


Salam lama rasanya bro tak up-date blog,alhamdulilah hari ini 1 ramadhan,pelbagai kisah suka duka telah bro tempuhi,dengan kesihatan bro yang agak kurang baik bilamana doktor mengesahkan bro mengalami tekanan darah rendah,mama semakin sibuk dengan pembukaan butik barunya,manakala mummy masih jauh di kampung halamannya menantikan kelahiran baby sulong kami dengannya...moga segalanya berjalan lancar hendaknya...hingga aku terlupa pagi ini jam 9 adalah sebutan kedua kes aku bersama mama di mahkamah syariah,namun aku tidak hadir kerna aku seakan letih dengan cerita yang tanpa kesudahan ini....Tak tersangangka juga mama juga tidak hadir ke mahkamah,entahlah.... takkala menulis coretan ini aku teringat balasan sms mummy di malam hari menjelang ramadan yang berbunyi...

Jauh mana....
Jarak kita...
Lama mana....
Pun tak jumpa...
Kita TETAP...
PANDANG ANAK BULAN..
Yang sama.....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN....

sayu hati ini bila membaca bait-bait sms yang di beri oleh mummy....
Hati ini sering teringat cinta,kasih dan sayang....yang dekat mahupun yang jauh....
Doa abg buat kalian berdua,moga kebahagian sentiasa mengiri kita bersama...
Sabarlah kerna dugaan tuhan hanya di berikan buat hambanya yang mampu dan terpilih sahaja...pasti sejuta hikmah yang menanti buat kita kelak...

Thursday, July 15, 2010

Muhasabah Cinta

Hati ini benar-benar terguris luka,aku takut aku tak mampu memadam gurisan itu buat selamanya.... Mungkinkah ini yang terbaik buatku...

Sunday, July 11, 2010

Mencari Kekuatan dan RahmatNya


Alhamdulilah Ahad lepas selesai sudah bacaan doa selamat buat si ibu dan baby....
Moga Mummy sentiasa tabah dalam mengharungi hidup dan aku mendoakan agar mummy dan baby sihat sentiasa...
Sedih rasanya tak dapat bersama mereka takkala majlis berlangsung.. Hanya doa mengiringi... Ku tahu semua bertanyakan akan aku,namun masa dan tugas membataskan segalanya... hanya bicara diangin lalu serta kiriman sms menjadi penganti diri serta pengubat rindu,buat semua terutamanya baby yang sering bergerak pantas takkala ku belai perut mummy... mungkin dia tahu bahawa ayahnya juga sedang membelainya,biarpun aku hanya mampu mengusap perut ibunya... Namun usapan itu tanda kasih ku yang tak berbelah bagi buat kalian yang tersayang...


Moga kuatnya kasih sayang antara kami
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati

Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi dapat restu yang ESA...
mudahan..
Ya Allah KAU satukan hati-hati kami semua...

Sunday, July 4, 2010

Kata si Bijaksana Yang Ariff


Pagi ini jam menunjukkan 8.59pagi,lemah rasa aku hendak melangkah masuk ke dalam keretaku.... jam 9.00pagi mahkamah akan bersidang,aku pergi pagi ini bersama mama untuk sebutan kes ku yang pertama,Aku memecut laju keretaku... entah kenapa tak sampai setengah jam aku telah sampai ke perkarangan mahkamah,aku mengenakan baju blazerku dan juga songkok kemas terletak di kepalaku.... Dengan kalimah bismillah aku melangkah masuk ke dalam kaunter di luar kamar mahkamah... ku berikan I/C kepada kerani bertugas,ku lihat ramainya orang,mungkin dengan pelbagai masalah yang dihadapinya...Tak kira tua muda,tiba-tiba masuk seorang yang agak berusia sekitar hampir mencecah 70an berjalan sambil bertongkat,benar-benar mengusik hatiku...
Ku tanyakan kepada pegawai bertugas bila mahkamah akan bersidang... jam sepuluh katanya lagi...

Aku keluar dari pejabat mahkamah terus ke puntu pagar masuk untuk mrngisap rokok,bukan apa sekadar menenangkan hati dan perutku yang kosong... selesai menghabiskan sisa-sisa sedutan rokok,aku melangkah semula ke tempat menunggu di luar kamar mahkamah... kemudian pegawai bertugas mengarahkan kami semua memasuki dewan mahkamah... bermulalah sebutan kes demi kes... dalam pada menunggu aku tertarik dengan orang tua yang bertongkat tadi.. lalu ku tanyakan khabar dan ceritanya.. kemudian orang tua tadi pun berkata,entahlah nak..dah tua-tua ni..isteri pula nak minta pisah.... saya pun tak faham katanya lagi..hidup entah tinggal berapa hari lagi juga ni... tapi apa nak buat ni dah masuk tiga kali pakcik datang..katanyanya lagi.. kemudian pakcik tu pun bertanyakan tentang apa yang terjadi pada saya...
Saya pun berka ringkas saha..Endorsment mahkamah berkaitan soal nafkah..sambilku tersenyum...
Tiba-tiba kami semua di arahkan bangun kerana Tuan Hakim telah tiba,Ku lihat pelbagai ragam dan kes yang disebutkan... Hingga tiba saat nama kami di panggil,saya dan mama tanpil untuk mendengar sebutan daripada yang Ariff...
Setiap butir kata yang Ariff saya terima tanpa banyak soal... ohhh ini lah rupanya antara catatan perjalanan kehidupanku... segala keputusan yang di buat saya persetujui tanpa sebanrang bantahan... cuma satu perkara yang tidak bersetuju untuk berpisah demi kasih pada mama dan anak-anakku,dan saya mohon untuk di bicarakan...
Kemudian yang Ariff bertanya kepada mama tentang permohonannya untuk berpisah denganku... akhirnya mama bersuara,saya tidak pasti.. katanya..
Sebenar di dalam hatinya masih menebal kasih sayangnya buat ku,terima kasih mama...memecah kesunyian takkala perbicaraan kami berjalan....
Lalu Tuan Hakim memutuskan majlis SULH telah di buat dan keputusan telah di terima,dan saya memohon pihak mahkamah membuat endorsement secara bertulis buatku..biar pun sebenarnya akan membebankan saya kelak... tak apa la demi mereka juga...

Akhirnya dengan keputusan yang mama lontarkan,menyebabkan pihak mahkamah menangguhkan ke suatu tarikh yang lain....
Aku melangkah keluar dari kamar mahkamah dengan hati yang tenang... usah bersedih,kerana banyak lagi yang perlu ku fikirkan....... Biar pun sukar namun ku lihat mama gembira kerana meletakkan ia sebagai sesuatu yang bertulis dan aku juga gembira...buat mama dan mummy biarpun setiap hari mummy perlu ke klinik untuk menerima suntikan demi baby yang di kandung... biarpun mummy jauh beribu batu jauh di mata namun tetap dekat di hati.. buat mama aku akan terus memenangi hati mama,terima kasih buatmu demi kasih sayang kami dalam membina jalinan kasih sayang antara kami bertiga sekeluarga...

Thursday, July 1, 2010

Berlari di batas angin menganyam Awan Hijau


Aku seperti biasa... hidup satu perjuangan...
Masa berlalu dengan terlalu pantas meninggalkan masa,aku terlalu gembira,aku juga terlalu sedih....Mungkin lagi satu ujian tuhan buat saya... aku akan terima dan insyallah janjiku akan ku jaganya sebaik mungkin buat si kecil..... biar seribu kekurangannya... akan ku belai dan ku tatang dengan sejuta kasih dan sayang yang tak kan berbelah bagi buatnya....
kerana biar siapa pun ia... ia adalah anugerah yang terindah buatku....
Ku tahu lahirmu nanti tak kan mengerti apa-apa.....
Ya Allah kau ampunkan lah aku.... Aku berserah padaMu... kerna KAU maha mengetahui...
Ku menentang kata pakar agar sikecil tidak lahir kedunia... demi nyawa yang di pertaruhkan... Hari ini setiap hari Mummy terpaksa menerima suntikan pada badannya demi kandungannya...

Hari ini hatiku benar-benar tersentuh... bila mummy menghantar sms kepada ku mengadu kesakitan kerana menerima 12 suntikan.... aduh terasa sakitnya..biarpun di bius demi tidak mahu menggunakan darah orang lain....
Ku redha kiranya nanti baby mengidap Talasamia....
Mummy akan terus menerima suntikan hinggalah tiba hari kelahiranmu... sayangku baby... Moga baby dan mummy tabah dengan setiap dugaan... Papa doakan yang terbaik buat kalian...
Buat Mama juga... kasihku tak akan berbelah bagi demi amanah yang tuhan telah kurniakan buatku keatas kalian semua... Moga mama terus menjadi wanita hebat seperti yang ku kenali sejak hampir 20tahun yang lalu....
Terima kasih jua buat mama... kerana belajar menerima Mummy dan insyallah baby menjadi sebahagian daripada keluarga kita... mudahanan Tuhan membalas segala kebaikan Mama buat semua...
Kalau pun nanti.... Sikecil serba kekurangan..akan ku terima dengan hati yang redha...Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu...



Dalam tenang ada gelora..
dalam gelora ada ketenangan...
dalam tangisan ada kegembiraan...
dalam kegembiraan ada kesyukuran...
dalam kesyukuran.... ketabahan menduga....

Jangan kita bersedih di atas sesuatu yang berlaku.
kerana ini perjalanan hidup yang telah ditulis buatku...
perjalanan dunia menuju jalan ke akhirat yang penuh dengan liku yang mencabar segala sudut pandangan dunia.



Lirik Lagu Kangen Band – Kembali Pulang

bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang


lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali


wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan

Thursday, June 24, 2010

Nyanyian serambi Kehidupan...


Hari ini banyak juga yang aku pelajari... takkala manusia sibuk dengan kemahuan masing-masing yang ingin di kejar dan di capai...
Aku selalu berpesan pada diri ini yakni...
Pabila anda mengejar Dunia,dunia akan semakin pantas meninggalkan anda,kejarlah akhirat,dunia akan datang kepadamu ..... Genggamlah dunia di dalam gengamanmu...dan jangan sesekali benarkan Dunia menggengammu...
Rupa ramai yang di luar sana yang lebih bersedih cuma terkadang kita sahaja yang tak tahu dan mengerti..Namun hakikatnya dunia ini penuh dengan kasih sayang....

Wednesday, June 23, 2010

Tasbih Tamu Jiwa...


Tengahari ini aku melangkah ke pejabat setelah hampir seminggu rasanya tak menjengah ke pejabat..... last week ada tapi macam chips more... sukar di jejaki...
Ku mulai dengan kalimah bismillah... agar hati tenang biarpun letih dan lesu... dengan jadual di utara.... aku mahu ceria takkala melihat semua...isteri,anak,staff dan rakan-rakan. .......
Hari ini jika di beri pilihan antara derita dan bahagia,pasti semua memilih untuk bahagia,biarpun hakikatnya derita,perit dan kesedihan menjadi penghulu pada kebanyakan manusia.... aku akan belajar menjadi apa yang ku mahukan.... usah bersedih,sentiasa berkata baik,mencari kegembiraan buat diri dan semua....
Kan itu lebih membahagiakan... jangan menyakiti hati sendiri apantah lagi insan lain...terus bersangka baik.....ha ha hi hi hu hu la la la la....
Kerana tak semua yang menguntum senyuman itu pasti bahagia
itulah hakikat kehidupan yang kita tempuhi....

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta



Hati kena

GEMBIRA SANGAT88....

HAPPPPPPPPYYYY....

GIRANGGGGGGGG.....

CERIAAAAAAAAAAAAAAA........

TENAGGGGGGGGG....................

LAGI......LAGI.... LAGI....

APA PUN BOLEH........... Janji hati girang,bila hati girang..... kita lupa kepedihan........Biarpun sekadar Tasbih Tamu Jiwa...........

Tuesday, June 22, 2010

Aku keletihan.....







Aku baru pulang dari Utara untuk urusan kerja,beberapa hari di sana dengan pelbagai ragam dan suasana,ku sangka kan di sana aku boleh berehat sambil menenangkan minda,ternyata sangkaan aku meleset badanku letih,mindaku lesu.... apa yang di katakan berehat takkala semuanya berkecamuk,ada ketikanya di sana aku sendirian di tepi pantai merenung jauh masa depanku....tanpa ku sedar rupanya masa pantas berlalu,terkejut aku kedengaran azan subuh mengejutkan aku.... bersama teman setiaku si Dunhill semalaman,ketika malam sedang beredar takkala semua sibuk menikmat kerancakan piala dunia... aku seakan tak peduli semua itu....
Hari aku masih sendirian di rumah..terasa hambar bilamana semua seakan tak peduli akan kepulanganku.... tiada rasa,hambar terhadap diri,itulahlah yang ku rasakan...
Sedih,geram,benci,marah semuanya ku rasai ketika ini.....
aku gerammmmmmmmmmmmm........................... terasa semuanya seakan sampah...........
Tapi aku harus menjadi seorang yang berhati kejam.... kerana dunia ini sememangnya kejam......
Dunia ini terlalu berani..... menghukum atau memberi ganjarannya..... buat yang berhak.....
Jangan takut..... jadi berani.... kerana hakikatnya ia sememangnya begitu....
Usah menangis tiada lagi tangisan buatku..... kering sudah air mata,terkadang malah kebencian memacu hidup...... bagaimana harus mampu ku penuhi dengan kasih sayang........ bilamana tiada lagi kasih buatku....
aku menyayangi dan mengasihi biarpun buat hanya diri sendiri.... kata orang jagalah diri sebaik mungkin,sebelum menjaga orang lain.......
Jangan lah kita berpura menyayangi takkala orang membenci sebenci-bencinya....
Terus tanpa menoleh.... terkadang rasa hari adalah yang sebenarnya... biarpun selalunya pahit akibatnya.... namun terkadang itu yang menenangkan dan mengembirakan....